2006 - Kem Kecemerlangan PMR.
(Kolej Pendeta Zaaba, UKM)
______________________________________________________
"Hari ini datang untuk kem, manatahu satu hari nanti Iwan belajar pulak di sini"
kata ibu seusai tamat program kem kecemerlangan PMR yang dianjurkan sekolah , kira-kira 6 tahun yang lalu.
Kata-kata itu sekadar berlalu begitu sahaja dibawa angin, tidak pun saya endahkan. Belum pun terfikir impian sejauh untuk melanjutkan pelajaran di Universiti mana pada ketika itu. Sebaliknya saya lebih berminat dengan agenda yang di"doktrin"kan sepanjang kem kecemerlangan tersebut iaitu STRAIGHT A`s PMR .!
Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke UKM yang juga universiti pertama yang saya lawati.
Perasaan?
Taksub, kagum. Ye la , universiti kan berkali ganda lagi besar dari sekolah. Bilik pon dua orang , tak macam di sekolah 16 orang sumbat satu dorm .
2007 - Kem Keusahawan Negeri
(Kolej Rahim Kajai,UKM)
______________________________________________________
Kunjungan kali kedua ke UKM selepas kem kecemerlangan PMR.
PMR tu cemerlang ke? Alhamdulillah.. bolehlah.
Pada kem kalini baru saya berpeluang berlegar di sekeliling kawasan UKM. antaranya tentunya DECTAR, Stadium UKM dan Dewan Gemilang.
Teruja?
Tidak lagi kali ini. Satu perkara bangunan-bangunan sekitar UKM nampak begitu usang dan... buruk, bahasa mudahnya.
"Bukan di sini tempat aku" monolog sombong hatiku.
2010 - Keputusan UPU Lepas Matrikulasi
______________________________________________________
Tahniah anda ditawarkan program Biokimia di Universiti Kebangsaan Malaysia.!
"Argh ape bende la kos biokimia ni, UKM pulak tu...........buruk.." pahit hendak ditelan.
"Xpela Iwan masuk dalam 2,3 minggu sahkan tempat. Nanti sampai surat dari BTN, keluarlah." pujuk ibu. Pada masa kemasukan Universiti saya masih dalam urusan untuk sambung pelajaran ke Mesir. 90% complete. Tinggal fasa kursus bersama BTN saja yang tinggal sebelum layak fly.
Perasaan melangkah ke UKM sebagai pelajar Sarjana Muda Biokimia?
Tak rasa apa-apa. Ye la, kunonnya saya akan fly. Duduk UKM pon cuma sekadar hendak confirmkan tempat di Malaysia. Tiada matlamat jangka panjang di UKM pada masa ini !
Matlamat hanya berkenalan kawan-kawan baru dan biasakan diri dengan suasana universiti.
Ye la saya nak FLY kan !!
Rezeki Dari Langit .
______________________________________________________
Sudah kira-kira sebulan kelas berlangsung. surat BTN tetap tidak kunjung tiba. Resah,gelisah semua ada. Serba salah pastinya. Mengheret ibu ayah ke sana sini semata-mata mahu memenuhi sebuah kehendak. Kehendak yang saya kira baik untuk diri saya pada waktu ini. Takpe la kalini mereka berkorban untuk saya nanti kelak saya pula balas. Syaratnya, penuhi dahulu kehendak saya sekali ini! Pendapat saya pada waktu itu antara celaru dan ragu.
"Dah isi JPA belum? tadi ibu bukak laman web JPA, pointer Iwan lepas syarat minima, cubala isi" Panggilan telifon daripada ibu, nadanya penuh mengharap dan optimis. Saya tahu jauh di sudut hati ibu, beliau mahu saya terus berada di UKM.
Pendek cerita saya dapat biasiswa tersebut, Alhamdulillah. Selang beberapa minggu selepas pasti saya berjaya mendapatkan biasiswa barulah surat BTN tiba .Cantik percaturan Allah menunjukkan perancangan Dialah sebaik-baik perancangan. Terserlah kebesaran pada kata-kataNya :-

عَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٢١٦)
“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)
Langkah Baru Bermula
______________________________________________________
______________________________________________________
Lalu pada saat ini saya baru sedar bahawa inilah jalan sebenar yang Allah telah hamparkan pada saya. Kos BIOKIMIA di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Mahu tidak mahu ...saya yakin , jika ini yang diberi maka tentulah ini yang terbaik untuk diri.
Agak ketinggalan daripada rakan seangkatan yang lain yang sudah merencana misi masing-masing, saya baru bertatih, terpinga-pinga apa itu Biokimia ? Masih buta , di mana indahnya pada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kata orang, "Tak kenal maka tak cinta" . Kata geng-geng surau , "Tak kenal maka Taaruf " . Maka saya bermula dengan taaruf , siapa disebalik misteri "seorang" Biokimia, apa pula tersembunyi disebalik "lusuh" sebuah UKM ? moga-moga diakhirnya akan ada cinta . !