2015 merupakan tahun kemerdekaan ke 58 bagi Malaysia. Tahun yang mana
saya boleh sifatkan sebagai tahun kemerdekaan yang paling hambar. Selepas
berturut-turut “bala” yang tertimpa ke atas bumi bertuah ini yang tak lain
hasil tangan manusia sendiri, manusia yang berada di atas tampuk pemerintahan
yang bergelar perdana menteri sendiri! Skandal rasuah 1MDB, pelucutan
jawatan-jawatan penting dalam system pemerintahan negara serta ekonomi yang
menjunam menurun membuatkan mood rakyat secara amnya terfokus kepada
permasalahan ini daripada meraikan kemerdekaan seperti sedia kala. Akhirnya Bersih
4.0 mewarnai ambang sambutan merdeka ke 58,gerakan yang yang membawa suara hati
rakyat yang berasa “terjajah” oleh pemerintah yang angkuh. Tahun gelap bagi kemerdekaan
negara.
Sebenarnya persoalan yang acap kali timbul saat menyambut hari kemerdekaan ialah “Merdekakah kita?”. Ya, persoalan ini bukanlah merujuk kepada kemerdekaan dari kolonisme asing yang kita sedia tahu tetapi lebih dari itu. Dari beberapa aspek saya berpandangan kita masih lagi terjajah, malah merelakan diri kita terjajah tanpa rasa dijajah!

Saya bagi situasi, pernah terfikir mengapa bila kita berhadapan dengan “orang
putih” kita tiba-tiba merasa kerdil dan kecil dan begitu memandang mereka
tinggi. Seumpama melihat mereka lebih mulia, lebih intelektual, lebih budiman daripada kita. Persoalannya mengapa ? Adakah
hanya kita (bangsa Melayu) yang berasa sebegitu ?
Hipotesis saya kerana kita terjajah “Jati diri” kita sebagai bangsa
Melayu Malaysia dari beberapa aspek. Rumit untuk mentafsirkan makna jati diri
secara tepat (rujuk kamus dewan). Pada pendapat saya jati diri ialah kepercayaan
yang tertanam (software) di dalam jiwa dan secara di bawah sedar akan
mempengaruhi tindakan dan daya fikir seseorang.
Pertama ialah kita terjajah dari segi sejarah. Sejarah adalah elemen penting
yang membangkitkan terikatan seseorang dengan bangsa mahupun tanah airnya.
Sumber sejarah bangsa Melayu Malaysia agak kabur, selain dakwaan yang
mengatakan sejarah yang diajar disilibus terlalu “keUMNOan” dan “keSultanan”,
sumber primer bagi sejarah juga agak konflik. Barat menjajah dan pulangnya
mereka ke negara asal membawa bersama artifak, manuskrip-manuskrip bangsa
Melayu yang mungkin tidak dianggap penting waktu itu oleh sesiapa, tapi
mendatangkan kesan yang sangat besar di kemudian hari. Tanpa bahan-bahan primer
ini, ia memisahkan kita (bangsa Melayu) dengan tradisi melalui bukti catatan-catatan
nenek moyang beratus-ratus tahun sebelum kita. Hasilnya, kita tercari-cari
siapa diri kita sebagai seorang Melayu. Kelompongan ini yang diisii dengan
berbagai teori, ada yang mengatakan Melayu ini bangsa pelayar, ada versi
ekstrim mengatakan kaum Melayu sebagai kaum lanun!
Sejarah kini memberikan fokus kepada kita sebagai bangsa yang terjajah dan dipandirkan dengan memandang rendah keupayaan orang-orang terdahulu menghadapi penjajah (pengalaman sendiri). Hal ini sangat bermasalah! Ada banyak sisi sejarah yang baru-baru ini saya ambil tahu dan mula minat, seperti memperhalusi sumbangan kerajaan Melayu Melaka dan lebih awal lagi kerajaan Kedah Tua. Diperkenalkan dengan tradisi intelektual dan tradisi ulama selain gahnya nama kerajaan Melayu menerusi manuskrip-manuskrip kerajaan dunia lain memberikan saya satu anjakan untuk menilai pemahaman saya terhadap sejarah bangsa dan negara sendiri. Tapi bagi yang tidak kisah, maka ruang kosong tentang persoalan “Apa erti aku sebagai Melayu” ini akan dimanipulasi sesiapa sahaja. Lihatlah keberjayaan UMNO memepengaruhi orang Melayu.

Kedua ialah terjajah melalui ilmu intelektual dan sistem. Mempunyai
perkaitan dengan di atas, bilamana sejarah
telah dikaburkan penjajah menyebabkan kita (bangsa Melayu) hilang perhubungan
dengan tradisi ratusan tahun, masa sekarang dan ke hadapan juga kita sekali
lagi menyerahkan nasib kepada orang yang pernah menjajah kita. Pasca kolonialisme
menyaksikan negara-negara yang kuat mendominasi melalui standard yang mereka
telah tetapkan. Baik sektor pendidikan, eknomi dan sosial , hamper keseluruhannya
mengikut standard atau berkiblatkan barat! Ideologi sekularisme dan neo-kapatalisme
menjadi tunjang kepada setiap sistem. Natijahnya, banyak unsur-unsur tradisi,
budaya yang tidak mendatangkan komersial ditinggalkan begitu sahaja. Contoh
mudah, betapa pelajar sastera dipandang sebagai pelajar 2nd class
berbanding pelajar sains, dan tentunya payah untuk menarik pelajar-pelajar
bijak ke dalam aliran sastera. Dan elemen budaya dalam hiburan juga mengalami
nasib 2nd class.
Berlumba-lumba pelajar, pekerja mahu berkhidmat dengan syarikat-syarikat gergasi barat yang nyata menguasai lapangan ekonomi. Tidak salah, tetapi, pernahkah kita terfikir berapa banyak elemen tradisi yang terpaksa kita korbankan untuk memenuhi standard yang ditetapkan barat ? Dalam contoh bidang akademik, Universiti Al Azhar sebagai contoh tidak menghiraukan berkenaan ranking universiti kerana tradisi keilmuan mereka yang berbeza dengan standard yang ditetapkan tetapi siapa berani menafikan graduan Al Azhar paling berkualiti dalam bidang pengajian Islam ? Selain, sesuatu kajian itu dianggap rendah impact factornya jika tidak diterbitkan oleh jurnal barat. Standard yang dibawa menyebabkan semuanya perlu dirujuk barat, merekalah yang paling benar!

Tentulah tidak semua yang dibawa barat itu tidak baik, tapi saya
merasakan kita terlampau ghairah memenuhi standard barat tanpa benar-benar memelihara
tradisi bangsa sebagai mana dilakukan oleh Jepun dan Korea. Maju dan berdaya
saing tanpa melunturkan “jati diri” mereka sebagai seorang Jepun dan seorang
Korea. Kita perlu menyaingi barat sebagai seorang bangsa Malaysia, bukannya
cuba perangkan rambut dan memakai kanta lekap untuk kelihatan Barat! Akhirnya,
walaupun banyak lagi yang boleh diulas tetapi cukup dua poin ini untuk mengatakan
kita masih lagi bangsa yang benar-benar merdeka jiwa, ideologi, sejarah dan intelektualnya.
Kita masih belum mampu mendada di depan “penjajah”. Perjalanan dan perjuangan
masih jauh dan panjang. Ruang manakah yang kita boleh isi ?
Shazwansuhiman
Kampung Sijangkang,
Shazwansuhiman
Kampung Sijangkang,
2119 (31/8/2015).