Dah habis
sekolah nanti nak jadi apa?
"Doktor,
Engineer..."
Tanyalah
mana-mana pelajar di mana-mana sekolah rata-rata dua jawapan ini akan menjadi
jawapan paling popular yang akan diberikan. Kenapa begitu ?
Pemerhatian
amatur saya berpendapat kerana masyarakat masih memandang dua pekerjaan ini
sebagai suatu yang gah baik dari segi nama, pendapatan dan penghormatan yang
menyebabkan perkaitan doktor dan engineer dengan perlambangan makna kejayaan
begitu kuat dan sinonim dengan masyarakat baik di mana sahaja.
Salahkah ?
Saya tidak
bermaksud demikian, tidak langsung. Jika itu memang minat yang lahir dari
individu tersebut, lalu silakan.
Jadi apa
masalahnya ?
"Masalah"
yang berlaku apabila dua bidang ini sahaja yang menjadi sasaran pelajar-pelajar
cemerlang yang merupakan cream of the
cream, produk-produk terbaik yang dihasilkan oleh sistem pelajaran negara.
Seolah-olahnya jikalau berada di luar bidang selain berkaitan dua ini, mereka dilihat kurang berjaya.
Dengan
"tekanan" masyarakat dan dorongan ibu bapa, yang pastinya teruja
mempunyai anak yang dihadapan namanya tertera DR atau IR, lalu ramailah yang
melorongkan bakat dan cita-cita anak-anak mereka untuk tujuan itu.
Jarang-jarang kedengaran ibu bapa yang mendorong anak-anak mereka menjadi
seorang guru, ustaz mahupun ahli ekonomi.
"Pembaziran bakat" ini akhirnya
balik kepada masyarakat. Bilamana golongan bijak dan cemerlang ini dikumpulkan
di suatu bidang tertentu sahaja, maka kita dapat melihat kebodohan dalam banyak
bidang yang lain, sebagai contoh mudah bidang sinematografi dan perfileman. Apa
yang boleh dibanggakan dengan drama, filem Melayu kita? TIADA, buktinya
balik-balik hanya karya si genius P.Ramlee itu sahaja yang boleh dibanggakan
hingga sekarang, kerana tiada yang cukup bijak untuk menandingi beliau.
Selain itu,
bidang-bidang lain yang "ketandusan bakat" termasuklah bidang
politik. Kerana kurangnya orang yang cerdik mahu terlibat dalam bidang ini,
maka harini kita dihidangkan dengan ucapan-ucapan dan hujah-hujah yang boleh
diistilahkan sebagai jenaka badut.
Golongan
agamawan turut sedar akan hal ini dikala sekolah-sekolah agama hanya menjadi
pilihan bagi anak-anak yang nakal dan tidak mampu lagi dikawal ibu bapa. Walhal
untuk memahami bidang agama yang cukup luas bidang ilmunya memerlukan
orang-orang bijak, pandai dan genius.! Dinukilan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul
Rahman betapa tokoh besar Islam zaman kontemporari ini iaitu Sheikh Dr YusofAl
Qaradawi itu merupakan pelajar yang kebitaraan sudah diketahui sejak di bangku
sekolah apabila tersenarai sebagai top 100 seluruh Mesir ketika di zaman
sekolah rendahnya lagi, rujuk buku beliau "Jangan Berhenti Belari".
Turut sama
mempromosi bidang-bidang asing untuk diisi pelajar cemerlang ini ialah Ustaz
Hasrizal Jamil yang bersungguh mempromosi bidang agama dan sejarah peradaban.
Sinis beliau dalam kata lebih kurang, masyarakat harini banyak menyalahkan
agamawan/ulama` atas kenyataan kenyatan yang kurang sensitif atau tindakan yang
kurang bijak tapi dalam masa yang sama tidak pula membina anak-anak mereka ke
arah menjadi agamawan.
Kini sudah
masanya atas apa-apa kapasiti yang ada untuk melorongkan minat dan bakat
adik-adik, anak-anak untuk mereka menjadi apa yang mereka mahu dan bukan
disempitkan atas dua bidang itu sahaja. Masuklah bidang penulisan, hasilkanlah
karya sehebat JK Rowling, ceburilah bidang perisian komputer ciptalah perisian
sehebat window dan android, terjunlah ke bidang politik jadilah pemimpin
karisma seperti Recap Tayyip Erdogan dan beriltizamlah menjadi seorang guru,
mendidik jiwa manusia kenal akan dunia mencerah tujuan hidup menuju Ilahi
seperti baginda Nabi Muhammad saw.
Bebaskan pemikiran ~
Nukilan oleh :
Bukan budak medic ataupun engineer.
Tulisan yang tak bermaksud nak cemburu tapi lebih kepada pengharapan.