Saturday 7 January 2012

Bulatan Gembira


"Perhatian lepas Isya,`Usrah akan dijalankan seperti biasa"
 "Aduss ada usrah pulakk......!!!......."
Teringat masa di asrama dulu, Sabtu selepas maghrib kalau ada pengumuman  begini , 
memang terasa derita mencucuk-cucuk. Spontan keluhan itu terbit di bibir.
derita sebab, 

  1. Malam sabtu ada EPL, sekolah ada Astro pulak.
  2. Ada akademi fantasia, (masa ni "famous" lagi..) * bagi budak perempuan la
  3. Lepas usrah, kantin dah tutup, DM tinggal sisa-sisa senior.
  4. Cybercafe penuhhhhh...kene tunggu sejam dua  * sekolah kami ada cybercafe
  5. Sebab sebab , nak "study" la. ni alasan paling tipu.

senang cerita sabtu malam ahad memang waktu berhibur budak-budak semashur, dan membuat apa-apa program pada saat ini memang menyakitkan hati.

Usrah di asrama diwajibkan untuk semua pelajar form 1 & form 2.  jadi mahu tidak mahu terpaksa la turut serta melainkan anda cukup "taiko" untuk "skip".

Itu serba sedikit berkenaan sejarah usrah yang pernah saya tempuhi di sekolah. 
Sebenarnya saya nak kongsi video-video pertandingan Osem yang dianjurkan seorang blogger yang mana bertemakan Usrah. 

Banyak video-video menarik daripada peserta termasuk video daripada Wardina Saffiyah yang turut terpanggil untuk menghantar karya beliau. 

Layan.........

1. Best friend till jannah




2. Bulatan Gembira 



3. "Special" daripada Wardinah Safiyyah


4. Bulatan Gembira Kami (Juara)







Lepas tengok video-video ni terasa begitu indahnya hidup berusrah. Alhamdulillah sebab pernah kenal sekurang-kurangnya apa itu  "usrah". Kenapa mesti usrah? sebab bergerak secara berjemaah pastinya lebih baik daripada berseorangan. apatah lagi untuk suatu misi yang paling utama dalam hidup, iaitu menawan firdausi. Sedangkan segengam lidi yang diikat  sukar dipatahkan, apatah lagi hati-hati yang diikat kemas kerana dahagakan redha Ilahi. 

Yang sudah ada usrah, teruskan. yang belum ada marilah sertai "bulatan" =)






2 comments:

fariQfitri said...

insyaAllah..lpas ni ana byk nak blaja dgn nta dlm bulatan gembira kita.. :)

Unknown said...

blaja dgn naqib la, ana xd ap. InsyaAllah =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...