Bermula awal minggu ini , saya telah kembali ke bumi UKM
meninggalkan suasana cuti di rumah demi menyahut seruan pesta. ya pesta ! tp bkn pesta yg hok mengarut tu , tp ini pesta konvokesyen UKM .
Jadi sebagai sbg seorang pelajar pastinya hari konvokesyen menjadi suatu hari yang ditunggu-tunggu dan menjadi kenangan sepanjang hayat, di sinilah titisan air mata syukur ayah dan bonda jatuh berderai melihat si anak menggenggam segulung ijazah, lalu mencoret suatu kemanisan seakan terbayar jerih payah membesarkan seorang anak. Huh! mcm esk jgk rsenye yang nk konvo.. hehe. tp klu konvo result buruk x best la kn, so kne tingkatkn lg pointer khususnya pd diri yg menulis ini .
Akak ni dpt Anugerah di Raja UKM.
sumber berita harian bkn utusan.
Pesta konvo ni organisasi yg urus progrm, pameran,jualn spnjg hari konvo.Jadi sbg org bwhn byk yg sy belajar di sini , dgn dikelilingi org yg hebat-hebat , moga plg tidak pun terkena sedikit tempias dlm kepada diri ini =). ok habes psl pesta konvo.
Hm spnjg mnggu ni byk juga perkembangn yg berlaku di Msia ni. slh satunya gerhana bulan dan isu karikatur Utusan Msia. Sy nk ulas psl isu karikatur.
Utusan Melayu sekali membuktikan "wibawa"nya sebagai pejuang bangsa dan agama apabila terang-terangan menghina dan memperendahkan syariat Islam.
Karikatur yang bertajuk "kekeliruan kes rogol" terpapar gambar seorang wanita yang ingin membuat pembelaan akibat dirogol. Karikatur tersebut cuba menggambarkan dua keadaan dimana satunya dibuat kepada tok penghulu/imam yang akhirnya ditolak kerana tidak mendatangkan empat saksi melainkan dengan rakaman telefon bimbit sahaja. Manakala yang satu lagi menggambarkan pembelaan yang dibuat di balai polis diterima oleh kerana telefon bimbit tersebut dinilai sebagai bukti kes. Karikatur ini jelas cuba menghina Islam seolah-olah syariat yang digariskan Allah telah ketinggalan zaman.
Mungkin perlu diingat syariat ini adalah perkara yg turun terus daripada wahyu Allah dan bukannya milik mana-mana pemimpin dari mana-mana parti.
Secara logik akal, Allah yg menciptakan manusia jadi tentunya Pencipta yang plg tahu akan ciptaanNya. Namun manusia yg terus sombong , percaya mereka telah mnggubal "undang-undang" yg lbh baik. Hasilnya kita boleh lihat sendiri akan keadaan masyarakat masakini yg menghimpun segala mcm perbuatan keji umat-umat dahulu yg telah menerima lakhnat Allah SWT.
Ambil tahu tentang hudud dan pelaksaannya agar tidak mudah ditipu oleh dakyah-dakyah si Liberal di sini . *Muhasabah utk diri sendiri.
Wallahu A`lam
P/s : Wallahu A`lam ertinya Dan Allah Maha Mengetahui
Wallahu`Alam ertinya Dan Allah itu Alam.
Jgn silap ye kwn2x. klu sy yg silap mohon teguran, sy jg x arif psl B. arab =)