Thursday, 25 October 2012

Merdu Suara Takbir








Sayu kedengaran bait-bait takbir raya dilaungkan .

Mendayu dayu memuji kebesaran Ilahi .



Biasanya nada lagu takbir di sini mendayu dan melankolik

Bagi orang  seperti saya yang tidak arif tentang maknanya

Pasti akan lebih "mengahayati" suara-suara si pentakbir .

Lalu memberi komen seperti , sedap suara Imam ni ..... sekadar itu .



Seorang ustaz memberi pandangannya berkenaan hal ini

Lagu-lagu takbir di Malaysia ini biasanya mesti sedih mendayu-dayu

Walhal intinya bukan kesedihan , tapi kekuatan dan semangat

Kebesaran , Keagungan Allah dalam memelihara agamaNya dari ancaman musuh.



Cuba lihat dan amati kembali bait-bait takbir raya

Peringatan saban tahun tentang peristiwa Ahzab

Bagaimana Allah menghancurkan pakatan kuffar dan memenangkan tentera Islam  

Lafaz takbir bukan hanya pada lagunya tapi ada cerita Jihad yang perlu dihayati .


Wednesday, 26 September 2012

berbeza kena gaduh ?



Sekarang tengah sibuk pilihan raya kampus , UKM baru habis semalam . Masing-masing telah pun memilih calon yang mereka rasa layak untuk menjadi pemimpin mereka atas ruang demokrasi yang cuba dididik di peringkat Universiti ini . Walaupun masing-masing  berbeza dari cara bagaimana mereka menilai tetapi sekurang-kurangnya masing-masing sedar akan tanggungjawab untuk membuang undi .

Menuju Pilihan Raya Kampus merupakan suatu tempoh yang sedikit tegang khususnya jika ada dalam kalangan rakan yang berlainan ideologi parti yang mereka sokong . Bagi golongan yang cintakan "keamanan" dan "kedamaian" mereka akan sedaya upaya akan memastikan diri mereka kelihatan neutral kerana ingin menjaga hati rakan masing-masing . Namun ada juga golongan yang selesa mengisytiharkan parti apa yang mereka sokong .

Teringat cerita rakan saya bagaimana dia dan rakan kos sehingga tidak bertegur sapa dan dingin dalam suatu tempoh masa kerana hal berlainan ideologi ini , ini cerita sewaktu kami tahun satu dahulu , zaman pertama kali merasai kehangatan pilihan raya kampus . Saya sendiri sewaktu tahun pertama hanya banyak memerhati dan tidak berani mengisytihar terang-terangan pihak mana yang saya sebelahi disebabkan banyak kebimbangan yang difikirkan , hubungan dengan rakan , ugutan buang kolej dan lain-lain .

Semakin saya paham berkenaan "Politik" dan pilihan raya kampus itu sendiri , maka tiada lagi ragu untuk menyatakan pendirian saya . Ruang pilihan raya kampus sepatutnya dilihat semudah dua "parti" yang mempunyai  ideologi yang berbeza , tawaran manifesto yang tidak sama serta kredibiliti dan personaliti calon yang berlainan untuk diteliti , dianalisa dan dipilih . Lucu sebenarnya jika kita bertengkar , bermasam muka dan hingga bergaduh atas faktor perbezaan kecenderungan terhadap suatu pihak yang berlainan .

Hal ini tidak lain adalah kerana pelbagai "sentimen" dan "label" yang berjaya diapi-apikan oleh sesetengah pihak , dan perkara ini tidak akan berlaku melainkan tempias daripada politik semasa negara Malaysia . Politik yang memburuk-buruk , mencaci maki , fitnah-memfitnah , ugut mengugut sehingga ke tahap mempergunakan bangsa dan agama untuk kepentingan masing-masing . Secara tidak langsung ia "mengajar" kita bahawa orang yang berlainan ideologi dengan kita itu sebagai pihak yang salah dan harus ditentang ! Tidak hairan jika ada yang menganggap politik itu  kotor .

Sebagai akhirnya , perbezaan itu suatu lumrah yang kita perlu terima . Besar hikmah kita dapat lihat pada penciptaan lelaki dan perempuan , siang dan malam , kaum dan bangsa berlainan serta pelbagai ciptaanNya yang penuh variasi . Jadi apa masalah kita tidak boleh terima PEMIKIRAN yang berbeza dan pelbagai ?(yang tidak bertentangan dengan akidah dan syariat)



P/S :- yang tak mengundi tu gua tak tau nak kata ape la  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...