Tuesday, 8 January 2013

Mari menjadi "Perasan"




Dulu di sekolah saya pernah menjadi naqib , dan tentunya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk perkara ini . Disebabkan ilmu yang terbatas serta kefahaman yang cetek  tentang peranan yang diberi , saya tidaklah terpamer sebagai seorang naqib yang kaliber seperti mana rakan-rakan yang lain. Ada masa saya cuba untuk melarikan diri dari "cop" naqib yang telah diberi , senang cerita saya kurang selesa.

Ironinya , kadangkala bila ada suara-suara sumbang  yang melemparkan tuduhan bukan-bukan terhadap naqib atau persatuan kami (Semashur Islamik Society) , saya turut terasa sama.

"Eleh naqib ni nasihat orang je lebih tapi dia pon sama je .." 

"Ah abg SIS tu nasihat orang jangan couple , dia tu couple jugak .. "

Pada suatu-suatu situasi saya tahu bukanlah saya yang  dimaksudkan oleh si penuduh tetapi rasa "perasan" itu timbul dalam hati , kerana apa ? kerana saya sedar saya seorang naqib dan seorang anggota SIS . 

Bilamana orang menyentuh sesuatu yang terkena dengan diri kita atau apa-apa jua yang berkaitan dengan diri pastinya ada suatu perasaan yang dirujuk sebagai "perasan" timbul dalam diri. 

__________________________________________________________________

Disebut dalam sesi perkongsian ilmu bersama IM Fakhrul berkata bilamana Allah hendak memberitahu perkara yang penting di dalam al quran , Allah akan mulakan dengan kalimah "Hai orang-orang yang beriman.." 

Saya bawakan satu contoh ayat :-

“Wahai orang-orang yang beriman ! 
Mengapa kamu , apabila dikatakan kepada kamu : "Pergilah beramai-rami untuk berperang pada jalan Allah , " kamu merasa keberatan (dan suka tinggalmenikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

(surah attawbah 9:38)                           


Melalui perkongsian Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan ayat ini menempelak golongan orang yang beriman yang tidak menyertai perang Tabuk, ia menunjukkan kemurkaan Allah dan dikisahkan golongan beriman yang tidak menyertai perang ini kemudiaannya meminta maaf daripada baginda nabi Muhammad s.a.w namun baginda bertindak memulaukan mereka sehingga beberapa puluh hari sebelum mengampunkan mereka. Cerita lanjut di blog ini.

__________________________________________________________________

Bilamana orang yang bukan sesiapa pun , bercakap-cakap tentang apa-apa berkaitan dengan kita, kita menjadi begitu sensitif terhadap pengucapan mereka.Kadang-kadang hingga meninggalkan kesan pada emosi dek kerana besarnya kesan kepada diri kita. Jadi apatah lagi bilamana Allah pemilik , penguasa seluruh makhluk merujuk kepada suatu golongan yang diiktirafNya sebagai "golongan-golongan yang beriman " tidak mahukah kita sensitif dan merasa besarnya titah Allah itu terhadap diri kita.

Oleh itu marilah kita menjadi perasan bahawa kita ini "golongan-golongan yang beriman" sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah dalam kalam-kalamNya dengan bersungguh memahami serta  melaksanakan suruhan yang ditetapkan dalam kehidupan seharian kita agar kita benar-benar tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah .




Monday, 31 December 2012

Selamat datang 2013

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung". Ali Imran ayat 104:


Sambutan tahun baru 2013 kalini saya merasakan pengalaman yang berbeza untuk turun ke  dataran merdeka yang lazimnya diketahui menyajikan konsert-konsert yang "lagho" disamping "port" pilihan pasangan kekasih untuk bercanda menyambut kedatangan tahun baru.

Bukan untuk turut serta bersama mereka tetapi menongkah arus yang mereka bawa. Bersama program anjuran Gabungan Mahsiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) iaitu "Dakwah ke lapangan" melihat , merasa dan merubah sekadar yang termampu melalui mesej kesedaran tentang maksiat yang berlaku di sekeliling dan seruan kepada kebaikan yang digariskan Islam.

Baik seruan kepada meninggalkan zina hinggalah kepada seruan menukar kepada kerajaan sedia ada . YA! KERAJAAN ! penyumbang kepada sekian kerosakan dalam masyarakat . Hurm.. sekadar pandangan peribadi . Tahun 2013 , tahun pilihan raya ke 13 , tahun kebangkitan , tahun perubahan , Islam akan lebih gemilang Insya Allah . 

Membanding beza program  di dataran merdeka ini yang  sedia maklum di bawah penganjuran kerajaan BN dengan program di dataran Shah Alam yang saya dihadiri tahun lalu (kerajaan PR) memang seperti putih dan hitam . Sangat ketara  bezanya !
Yang satu jelas memacu mengingat dunia ini sementara , yang ini seperti dunia ini seakan selamanya . rosak , haprak ! hiburan hiburan ...

Membawa tema "Jom ke Syurga" ,  sedikit sebanyak mesej berjaya disampaikan jika pun tidak diendah si manusia moga mendapat redha Allah Rabbul Alamin.  

Menjelang detik jam 12 , kami beramai-ramai membaca tasbih, tahmid dan takbir dan diakhiri bacaan doa wehdah sebelum bersurai . 

Suatu pengalaman yang baru untuk tahun baru.




[CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG JELAS]

































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...