Monday, 24 December 2012
Yeah
Warkah habis sem satu ,
Dengan penghantaran assignment sebentar tadi maka berakhirlah sudah kuliah dan assignment sepanjang sem 1 ini. Tinggal lagi "bebanan" Final Exam untuk dilepaskan.
Sem satu penuh dengan ranjau dan cabaran tersendiri , boleh dikata antara sem paling serabut . Sem ni merupakan sem yang penuh dengan assignment berbanding dengan sem yang lain.
Jadi walaupun sem ini cuma mengambil 5 subjek tetapi berat sungguh bebanan ditanggung. "Ganjarannya" final exam kalini cuma ada 2 paper untuk dijawab , 3 lagi subjek sudah pun ada bayangan gred yang akan diperoleh.
Fuh.... merdeka rasa!
Sem ini mengajar betapa kerja last minute membinasakan dan menyeksa diri . Waktu yang senggang usah dibiar kosong , kerja walau sedikit usah ditangguh. Seumpama solat , makin lambat makin berat untuk ditunaikan.
Kini sedang berlangsung study week ,
Happy Exam , jumpa sem hadapan ! sem terakhir InsyaAllah .
Friday, 23 November 2012
cuba kongsi bersama
“Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan bertindakbalas dengan berjaga( tidak dapat tidur) dan merasa demam lantaran reaksi tubuh” . [HR Muslim]
Pada 23 November 2011 telah diadakan demonstarasi aman di pejabat kedutaan US sebagai kecaman terhadap tindakan zionis oleh front-front anak muda . Kemudiaannya berarak ke pejabat Felda sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa secara sembunyi menjual minyak Felda kepada Israel walaupun secara zahirnya mereka kelihatan menolak kekejaman yang dilakukan oleh Israel .
Islam itu pasti akan menang akhirnya kerana yang menjagaNya ialah Allah sendiri sengaja dibuka seluas luasnya pintu untuk hambaNya merebut ganjaran pahala mempertahankan agamaNya .
Islam tidak perlukan kita untuk menang tetapi namun kitalah yang perlukan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
