Monday 2 July 2012

Part time job




"Bro jom join bende ni , bole untung banyak , ramai dah berjaya dengan buat bende ni , income diorang beribu-ribu , umur muda lagi pulak tu.. baya2 kita je"




Alhamdulillah , tamat sudah pengajian tahun 2 di UKM . Tinggal berbaki satu tahun , sekiranya tiada aral melintang saya akan grad dengan jayanya. Tetapi kalau lihat senior-senior sebelum ini yang repeat , samada sangkut pada tesis atau tak habis subjek atau sebab lain , nak grad dengan pointer yang lagi gempak . Tapi harapnya saya nak grad cepat untuk masa sekarang , kerana banyak lagi nak dikejar .


Jadi , sibuklah kalangan kawan-kawan ni mula mencatur masa depan. Kalau perempuan mungkin masa ni la struggle nak memenuhi ciri-ciri perempuan melayu terakhir contoh ada yang ambik kelas menjahit , masak memang confirmlah , sapa-sapa yang tak reti masak sekarang ni mesti tengah gelabah takut takde yang berkenan . Senario sekarang  lelaki memang cari yang pandai masak , bukan apa .. air tangan seorang ibu itu kan berkat , sampai berkat itu kena juga pada si suami sebab tu ramai yang buncit  lepas kahwin.


Lelaki lain pula , masa ni lah ramai pulak yang buat kerja part time . Ye la , masing-masing sedar nak jaga anak dara orang sekarang bukan murah . Dengan demand sekarang , kalau standard yang diletakkan parents kepada anak lelaki biasanya mesti ada kereta sendiri , rumah dan kerja tetap . Jadi mungkin yang sudah berkira-kira kahwin dalam masa terdekat mereka giat mencari sumber-sumber rezeki untuk menuju kearah ini. Dan pada suatu hari , datanglah seorang rakan mempromosikan "kerja" part time dia kepada saya. Perkara pertama yang terlintas masatu " argh aku bukan nak kawen awal ...." .


Lalu tanpa mengalah , rakan saya ini terus melobi dengan berbagai-bagai testimonial kejayaan mereka yang menyertai perniagaan ini hingga akhirnya saya pergi sendiri di satu event yang diadakan oleh syarikat ini . masatu baru habis exam, pergi je lah . Malam tu , ada la beberapa slot tentang kejayaan ahli mereka . Fokus di sini ialah nilaian pendapatan yang berjaya mereka jana . Dari "serendah" RM 1000++ sebulan hinggalah RM 60000 sebulan . Sapa tak impress kan , umur pun dalam lingkungan 19-24 tahun . Timbul satu ego , "kalau budak ni boleh takkan aku tak boleh kot..." . 



Memanglah duit itu sangat penting untuk kehidupan , macam orang putih kata " Money is not everything , but everything need money " . Nafikanlah macam mana pun , yang pasti kalau takde duit masa sekarang ni susah jugak nak hidup . Perkara ini serba sedikit mempengaruhi fikiran saya , mungkin saya senang dengan biasiswa itu , mungkin juga saya belum merancang untuk kahwin awal seperti mereka mereka tapi bagaimana pula dengan masa depan ? Tapi tak salah bukan kalau kita menabung untuk persiapan masa depan yang belum menjanjikan apa-apa itu ?


Satu hal , berkenaan part time job ni , sekarang masih lagi dalam belajar kan , mesti akan ada kacau punyalah dekat komitmen study . kalau bukan kacau dekat study , mesti kacau hubungan dengan rakan-rakan . Ye lah, hujung minggu mesti nak tumpu kerja-kerja ni .


Teringat pesanan Dr Maza  , Kita selalu pinta harta , kerana kita sangka dengan harta kita akan bahagia . Allah kabulkan doa kita dengan memberi bahagia mungkin bukan dalam bentuk harta , contoh harta sedikit tetapi hidup penuh dengan barakah . Namun ,kita tetap menunggu doa kita dikabulkan untuk mendapat harta  walaupun sebenarnya Allah sudah pun mengabulkan doa kita dengan memberikan bahagia . Bersabar terhadap suatu kesusahan itu mudah ,kerana tiada apa lagi pilihan yang tinggal selain bersabar . Namun untuk bersyukur atas suatu kelebihan itu lebih payah.


Soal rezeki , bukanlah suatu yang perlu dirisaukan , semuanya sudah tertulis , tinggal lagi untuk usaha mendapatkannya . Cuma perlu waspada, kalaulah dengan berharta itu baik untuk diri maka mohon dekatkanlah , kalaulah harta itu menjauhkan rasa kehambaan dan cinta pada Ilahi , maka lebih baik dijauhkan .


Jadi kepada kawan saya tu , nanti-nantilah saya fikirkan... =)

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...