Monday 31 December 2012

Selamat datang 2013

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung". Ali Imran ayat 104:


Sambutan tahun baru 2013 kalini saya merasakan pengalaman yang berbeza untuk turun ke  dataran merdeka yang lazimnya diketahui menyajikan konsert-konsert yang "lagho" disamping "port" pilihan pasangan kekasih untuk bercanda menyambut kedatangan tahun baru.

Bukan untuk turut serta bersama mereka tetapi menongkah arus yang mereka bawa. Bersama program anjuran Gabungan Mahsiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) iaitu "Dakwah ke lapangan" melihat , merasa dan merubah sekadar yang termampu melalui mesej kesedaran tentang maksiat yang berlaku di sekeliling dan seruan kepada kebaikan yang digariskan Islam.

Baik seruan kepada meninggalkan zina hinggalah kepada seruan menukar kepada kerajaan sedia ada . YA! KERAJAAN ! penyumbang kepada sekian kerosakan dalam masyarakat . Hurm.. sekadar pandangan peribadi . Tahun 2013 , tahun pilihan raya ke 13 , tahun kebangkitan , tahun perubahan , Islam akan lebih gemilang Insya Allah . 

Membanding beza program  di dataran merdeka ini yang  sedia maklum di bawah penganjuran kerajaan BN dengan program di dataran Shah Alam yang saya dihadiri tahun lalu (kerajaan PR) memang seperti putih dan hitam . Sangat ketara  bezanya !
Yang satu jelas memacu mengingat dunia ini sementara , yang ini seperti dunia ini seakan selamanya . rosak , haprak ! hiburan hiburan ...

Membawa tema "Jom ke Syurga" ,  sedikit sebanyak mesej berjaya disampaikan jika pun tidak diendah si manusia moga mendapat redha Allah Rabbul Alamin.  

Menjelang detik jam 12 , kami beramai-ramai membaca tasbih, tahmid dan takbir dan diakhiri bacaan doa wehdah sebelum bersurai . 

Suatu pengalaman yang baru untuk tahun baru.




[CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG JELAS]

































Monday 24 December 2012

Yeah






Warkah habis sem satu ,

Dengan penghantaran assignment sebentar tadi maka berakhirlah sudah kuliah dan assignment sepanjang sem 1 ini. Tinggal lagi  "bebanan" Final Exam untuk dilepaskan.

Sem satu penuh dengan ranjau dan cabaran tersendiri , boleh dikata antara sem paling serabut . Sem ni merupakan sem yang penuh dengan assignment berbanding dengan sem yang lain.

Jadi walaupun sem ini cuma mengambil 5 subjek tetapi berat sungguh bebanan ditanggung. "Ganjarannya" final exam kalini cuma ada 2 paper untuk dijawab , 3 lagi subjek sudah pun ada bayangan gred yang akan diperoleh.

Fuh.... merdeka rasa!

Sem ini mengajar betapa kerja last minute membinasakan dan menyeksa diri . Waktu yang senggang usah dibiar  kosong , kerja walau sedikit usah ditangguh. Seumpama solat , makin lambat makin berat untuk ditunaikan.

Kini sedang berlangsung study week ,

Happy Exam , jumpa sem hadapan ! sem terakhir InsyaAllah .














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...