Friday 17 June 2011

Mari Berpesta

Bermula awal minggu ini , saya telah kembali ke bumi UKM 
meninggalkan suasana cuti di rumah demi menyahut seruan pesta. ya pesta ! tp bkn pesta yg hok mengarut tu , tp ini pesta konvokesyen UKM . 
Jadi sebagai sbg seorang pelajar pastinya hari konvokesyen menjadi suatu hari yang ditunggu-tunggu dan menjadi kenangan  sepanjang hayat, di sinilah titisan air mata syukur ayah dan bonda jatuh berderai melihat si anak menggenggam segulung ijazah, lalu mencoret suatu kemanisan seakan terbayar jerih payah membesarkan seorang anak. Huh! mcm esk jgk rsenye yang nk konvo.. hehe. tp klu konvo result buruk x best la kn, so kne tingkatkn lg pointer khususnya pd diri yg menulis ini .


Akak ni dpt Anugerah di Raja UKM. 
sumber berita harian bkn utusan.

Pesta konvo ni organisasi yg urus progrm, pameran,jualn spnjg hari konvo.Jadi sbg org bwhn byk yg sy belajar di sini , dgn dikelilingi org yg hebat-hebat , moga  plg tidak pun terkena sedikit tempias dlm kepada diri ini =). ok habes psl pesta konvo.



Hm spnjg mnggu ni byk juga perkembangn yg berlaku di Msia ni. slh satunya gerhana bulan dan isu karikatur Utusan Msia. Sy nk ulas psl isu karikatur. 




Utusan Melayu sekali membuktikan "wibawa"nya sebagai pejuang bangsa dan agama apabila terang-terangan menghina dan memperendahkan syariat Islam. 

Karikatur yang bertajuk "kekeliruan kes rogol" terpapar gambar seorang wanita yang ingin membuat pembelaan akibat dirogol. Karikatur tersebut cuba menggambarkan dua keadaan dimana satunya dibuat kepada tok penghulu/imam yang akhirnya ditolak kerana tidak mendatangkan empat saksi melainkan dengan rakaman telefon bimbit sahaja. Manakala yang satu lagi menggambarkan pembelaan yang dibuat di balai polis diterima oleh kerana telefon bimbit tersebut dinilai sebagai bukti kes. Karikatur ini jelas cuba menghina Islam seolah-olah syariat yang digariskan Allah telah ketinggalan zaman.

Mungkin perlu diingat syariat ini adalah perkara yg turun terus daripada wahyu Allah dan bukannya milik mana-mana pemimpin dari mana-mana parti. 

Secara logik akal, Allah yg menciptakan manusia jadi tentunya Pencipta yang plg tahu akan ciptaanNya. Namun manusia yg terus sombong , percaya mereka telah mnggubal "undang-undang" yg lbh baik. Hasilnya kita boleh lihat sendiri akan keadaan masyarakat masakini yg menghimpun segala mcm perbuatan keji umat-umat dahulu yg telah menerima lakhnat Allah SWT.

Ambil tahu tentang hudud dan pelaksaannya agar tidak mudah ditipu oleh dakyah-dakyah si Liberal di sini . *Muhasabah utk diri sendiri. 
Wallahu A`lam




P/s : Wallahu A`lam ertinya Dan Allah Maha Mengetahui
           Wallahu`Alam  ertinya Dan Allah itu Alam.
    
          Jgn silap ye kwn2x. klu sy yg silap mohon teguran, sy jg x arif psl B. arab =)



Saturday 4 June 2011

Tips Perkahwinan Dari Ustz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



sumber dari layarminda

Thursday 2 June 2011

Movie .

Assalamualaikum,

sejak dok rumah ni, marathon movie mmg x henti-henti, hm ye la bile lg nk dpt waktu mcm ni. skrg ni mmg tgh byk movie2x best d pawagam . Disebabkn sy hnye akn pergi pwgm bile diajak so, mse dihabeskn dgn menonton movie yg sedia ad d hard disk. hm post kali ni sy ingin mmpromosikn sebuah filem yg x dipromosikn  d Msia dan mgkin korg kurg tahu ....   Cerita ni  :-






Dalam Mihrab Cinta !


Hmm , bukanla nk sanjung sgt filem negara org, tp mende baek x kisah la kn. Sebab2x kenape sy beriye-iye promote  :-

  1. Bg penggemar novelis , ini merupakn satu lg karya Habiburrahman el Shirazy yg d filmkn selepas KCB dan Ayat-Ayat Cinta. Dlm film ni Beliau sndiri direct.!
  2. SEMUA pelakon wanita bertudung, dlm semua scene ,if im not mistaken la..    good kn? sejuk je tgk. 
  3. Sangat sesuai ditonton bersama seisi keluarga . *sy dh bwat dan skrg jd fenomena kt rumah!
  4. Soundtrack film dy sgt best.....




klu nk download bole try kt sini. enterupload plg sng. selamat menonton. =)





p/s: filem indonesia mmg dh x msuk panggung Msia kn.... dan Nur kasih org rmai kate bosan!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...